Monday 21 March 2011

Apa ko buat man???

Ramai orang tanya pada aku apa aku buat??..aku sendiri tak tahu kenapa mereka tanya aku soalan tu..
aku seperti gak ngn ko orang..sama seperti kita berkawan dulu-dulu..cuma sekarang kita tidak mempuanyai waktu untuk bertemu..kamu sibuk dengan kerja kamu..dan aku juga kadang-kadang tak cukup masa untuk duduk minum bersama ko orang..insayallah ada masa yang terluang nanti kita tetapkan masa kita duk sembang dan pekena teh tarik mamak cm dulu-dulu...hehe



Kat sini mungkin aku boleh jawab soalan kamu sbb kat cni cm diari aku jugalah kan..kadang2 blog ni boleh mangingatkan aku pada sesuatu pekara yang aku tulis..

Sebenarnya banyak benda yang aku nak buat sampai otak aku pun tak boleh nak terima apa yang aku nak buat..hehehe..nasib baiklah ada isteri tercinta..bila satu je idea berjalan kadang2 boleh jatuh gak tp bila ada dua idea yang berjalan maka ia jadi lebih hebat...

Aku sekarang boleh dikatakan aku sedang di kejar matlamat??? orang bertanya lagi..cm mana man??biasanya orang yang kejar matlamat sekarang ko ni tebalik lak..matlamat lak kejar hang??
Aku suka benda yang orang fikir benda tu pelik tp bagi aku ia maksud yang cukup memberi aku motivasi diri..aku bagi contoh untuk ko orang faham...

apabila ko orang mengejar anjing ko orang akan berhenti apabila ko orang penat kn..
tetapi...
kalau ko orang di kejar anjing ko orang akan berenti bila ko orang penat atau ko orang akan berhenti bila anjing itu penat??

Samalah ngn aku..selagi matlamat aku tak tercapai aku sentisa di kejar matlamat supaya aku terus berusaha..

Aku sekarang bekerja sebagai seorang designer..biasalah kerja aku membuat design..tp aku cukup seronok bila design aku di terima oleh pelangang..itu yang paling seronok bila hasilkan design ni..tambahan pula bila design kita masuk TV..hehehe...
Aku buat design untuk majlis sukan negara (MSN)..dan dah banyak gak kot design aku di gunakan untuk majlis besar-besar kat msn tu seperti yang terbaru ni..PERJANJIAN PERSEFAHAMAN 100PLUS dengan MSN..dan ANUGERAH SUKAN NEGARA..( nk banggalah tu nyampah betol :p ) selain tu banyakl lagilah design untuk Majlis Perbandaran Selayang(MPS), Majlis Perbandaran Kajang


Dalam masa yang sama aku juga berkerja sebagai e-learning consultant @ perunding pendidikan..bila aku berkecimpung dalam bidang ni apa yang aku rasa keyakinan diri tu mula terbentuk..dulu malu2 nak bercakap dengan orang walaupun aku ada background pendidikan yang baik rasa malu dan tak de keyakinan lah tapi sekarang alhamdulilah dengan izin ALLAH..untuk bercakap depan orang ramai sudah ada keyakinan..kat sini aku membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan perniagaan atau untuk mengubah cara hidup mereka kami ada caranya...ceh wah promot lak heheh

 
  
Apa yang best kat cni lagi kita boleh berkonsi matlamat yang sama dengan kawan2, mentor2 tunjuk ajarku sifu  dan boleh berjumpa atau berdepan dengan pakar motivasi belajar DR SYUKRI ABDULLAH..itulah mentor aku juga dan ramai lagilah..dato' datin. doctor, peguam dan mcm2 latar belakang lagilah...kalau nk buat part time boleh call aku :)

Selain tu gak aku buat perniagaan kecil-kecilan...sbb ini sebagai hobi je sbb kami bermula dengan perniagaan kecil-kecilan so bila nk terus tinggal tu cm rasa tak best lak..ini sebenarnya isteri aku yang minat berniaga..so apa salahnya buat apa yang kita minat..

So apa yang aku boleh kata kat sini, aku ingin capai matlamat dan impian..bagi aku bila dah capai impian itu..itulah kemanisan dalam hidup..tetapi ia bergantung kepada keizinan ALLAH juga untuk menentukan kejayaan kami..tp aku percaya satu juga..jika kita berusaha tampa mengenal putus asa..ALLAH akan mekbulkan permintaan kita..Insyallah..

Thursday 17 March 2011

Lakukan segala-galanya dengan pantas

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.
Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?
Apa kata Orang dah berjaya??
Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.
Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire  British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.
Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.
Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!


Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!
Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.
Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunuh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Kata-kata seorang jutawan internet yang membuat aku terbuka hati untuk melakukan perniagaan internet..Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau. Tetapi aku mengakui bahawa beliau adalah satu-satunya orang yang membuatkan aku berminat untuk mengenali dunia internet dengan lebih mendalam sejak aku membeli bukunya. Buku yang penuh dengan motivasi berjaya merangsang aku untuk terus membuat perniagaan di internet mengikut platform dan acuan aku sendiri. Kini, aku sudah mampu senyum melihatkan diri sendiri, walhal 5-6 tahun yang lepas aku adalah orang yang tidak tahu apa itu internet dan fungsi internet itu sendiri. Jadi, tidak salah aku katakan beliau antara orang yang memecahkan rasa gundah gulana dalam hati ini untuk terus menceburi bidang perniagaan dalam internet.

Siapakah beliau? Ya, beliau adalah Irfan Khairi

Wednesday 16 March 2011

Kenapa Nak Tunggu Gaji


 Hari ini awal-awal pagi lagi rasa nk berkonsi cerita @ pengalaman dengan anda semua..emm cam tak puas hati lak klu tak bercerita kn..sebelum ni aku berkonsi cerita dengan isteriku, kawan2 rapat, keluarga, teman2 yang aku kenal..tp dengan dah ada blog ni cm nak konsi dengan semua orang..Aku lebih suka berkonsi cerita yang boleh menaikan motivasi aku dan mungkin juga motivasi orang yang membaca..sbb bila kita mendengar motivasi rasa semangat tu lebih kn..dan rasa cm satu aura baru yang hadir dalam pelusuk tubuh kita dan terus naik ke otak kita..sungguh hebat kalau anda amati dengan minda yang terbuka..

Aku sekarang lebih suka dengan bahan-bahan, kata-kata semangat, dan ucapan dari orang yang dah berjaya sbb bagi aku setiap manusia ingin berjaya dalam hidup mereka tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk berjaya..jadi sedikit ilmu yang aku boleh kongsi ialah langkah yang mudah ialah  

BELAJAR DARIPADA ORANG YANG BERJAYA ( MENTOR )

bagi aku orang yang dah berjaya mereka sudah melalui asam garam kesusahan untuk mereka berjaya..jadi apabila kita belajar daripada mereka..mereka akan ajar kita bagaimana cara mereka boleh berjaya dan mereka larang kita buat apa yang mereka buat tapi gagal..
( anda fahamkan maksud ayat di atas )


Kat sini juga aku nak tunjuk realiti yang berlaku pada aku dan dengan situasi cm nilah aku tekad untuk ubah kehidupan aku..dan mungkin juga ia berlaku dalam hidup anda samada anda sedar ataupun tidak. Ada pepatah yang aku pernah dengar :-

"Duit tak penting dalam hidup
Tetapi..dalam hidup memerlukan duit"

(anda setuju ke @ sangat setuju)

Cuba anda lihat Pengiraan tentang gaji aku :-
Gaji yang aku dapat hasil kerja selama 1 bulan dengan syarikat event dan memegang jawatan sebagai DESIGNER ialah sebanyak RM1700.00 sahaja..
nasihat: jangan bangga dengan jawatan atau pangkat klu duit anda sikit:- ini realiti hidup :)

Sewa rumah               Rm 450.00 sebulan
Bayar Kereta             Rm 400.00 sebulan
Bil air & api              Rm 100.00 sebulan
Minyak kereta           Rm 200.00 sebulan
Tol                             Rm 100.00 sebulan
APF                           RM 140.00 sebulan
bayar ptptn                RM 220.00 sebulan
Bil tel @ topup         Rm 100.00 sebulan
Barang dapur            Rm 300.00 sebulan
TOTAL                    Rm  2010.00

Jangan anda terlupa : duit untuk ibuayah kat kampung belum dikira
Duit untuk simpanan sakit demam belum kita simpan lagi..jika keadaan ini berterusan siapa aku 5 tahun akan datang...

Cuba anda bayangkan bagaimana nak hidup klu pembelanjaan melebihi gaji ???
Mungkin ini juga berlaku kepada anda dan mungkin anda buntu untuk fikirkan untuk tambah pendapatan..

Bila berlaku sebegini aku ngan isteri memang selalu gaduh...kereta tak bayar...kadang2 rumah tertanguh untuk bayar sewa dan macam-macam lagilah

Aku pun sama berfikiran cm anda juga..tak tahu nk buat cm mana... yang ada tukar kerja kan..tapi aku tak yakin kerja yang baru tu boleh menjamin gaji mahal juga untuk aku..

So dengan tak ada jalan lain aku relakan diri untuk buat satu perubahan dalam diri..jumpa kawan dan bawa aku ke seminar cm kat atas tu..kat situ baru nampak jalan..ALLAH MAHA KUASA..allah dah berjanji :- sesiapa yang berusaha dan berdoa... akan AKU perkenankan doa dan permintaan meraka

Jika anda mempunyai masalah jumpa orang yang boleh membuka ruang untuk anda...ambillah ilmu daripada mereka..untuk melakukan sesuatu kita memerlukan ilmu dan tampa ilmu kita tak kan berjaya...

Pada hari ini alhamdulilah semua itu aku dapat atasi janji kita ada kemahuan dan ada keinginan tambah ada usaha pasti semua yang kita rancang akan berjalan dengan lancar..

Hanya tahu merungut


Ini lah realiti hidup apabila kita bergelar pekerja @ kerja makan gaji.. kita tak boleh lari dari kena marah dimarah di arah di suruh dan macam-macam lagi lah yang kadang-kadang tak sedap masuk telinga..tp sesetengah kita tak pernah fikir untuk cari jalan keluar daripada situasi tersebut..kita haya tahu maki bos kat belakang, kutuk bos kat belakang berdendam tetapi esok datang keja lagi...

Pernah tak anda berfikir untuk elak anda kena marah atau kena jadi hamba oleh majikan anda..
anda ubah 360 darjah diri anda dan anda pula menjadi bos....
Cuba ada fikirkan HEBAT kan klu kita ada pendirian cm tu....

Ini setuasi berlaku kepada kawan aku :-

Dia berkerja dengan sebuah syarikat event..satu hari ada event yang besar yang belanjanya diperuntukkan hampir mencecah  1juta..si kawan aku ni berkerja dari pukul 8 pagi sampai 3 pagi..cuba anda bayangkan berapa jam dia berkerja..berkerja bagikan nak mati untuk memastikan event tersebut berjalan dengan lancar kerana event tersebut dihadiri oleh menteri dalam malaysia..
selepas tamat event pada pukul 3 pagi dia dibayar dengan harga RM 50 sahaja..tampa di beri makan sepanjang hari..klu nk makan beli sendiri...
Cuba anda bayangkan perasaan marah dia...Bangla pun boleh dapat 200 sehari keja rumah batu keja 8 jam sehari...

Bagi aku kita perlu ubah hidup kita kepada yang lebih sempurna..kenapa kita hanya perlu menunggu kepada satu gaji sahaja..kenapa kita tak pernah berfikir untuk mencari duit lebih dengan mengaktifkan PLAN B kita...


Sebelum ini aku pun sama berfikiran cm anda semua...Nak aktifkan Plan B?? apa tu buat part time? alasan yang kita akan bagi penatlah..tak de masa rehat lak klu keja 24 jam..tak minatlah dan banyak alasan yang aku dengar dan aku sendiri pun pernah mencipta alasan...

Tetapi apabila masuk seminar yang aku cerita dalam entry lepas..ungapan yang boleh merubah fikiran atau menteliti aku ialah

"Orang malas mencipta seribu alasan 
Orang ingin berjaya mencipta seribu peluang"

Memang betul apa yang aku tengok dan aku alami sendiri...apabila kita banyak membuat alasan untuk mengubah diri kita...kita tak akan berganjak dari tempat asal kita...tetapi bila kita berusaha mencari peluang untuk ubah diri kita maka perbuhan akan berlaku dalam diri..mungkin masalah kita akan selesai...

Apa yang aku boleh konsikan lagi ialah satu ungapan:-

Jika kamu berdoa pada yang ESA untuk merubah hidup kita..
DIA tak kan memberi kita duit seketol cm tu je..
DIA akan memberi kita jalan untuk mendapatkan duit tersebut..
Jika kita berusaha dengan jalan yang DIA bagi..maka kita kan dapat ganjarannya..

Bagi aku sendiripun aku percaya TUHAN telah buka pintu hatiku untuk terut serta dalam seminar  usahawan gelombang ke-5 ini dan di situ aku telah nampak peluang untuk aku terus maju..Insyallah.. 

Aku berharap anda yang mempunyai masalah dalam perkerjaan atau dalam hidup ada..sertailah mana-mana seminar yang di anjurkan oleh mana-mana pihak untuk merubah pendirian kita selama ini..kadang-kadang kita terlupa kepada matlamat dan impian kita..dengan seminar ini kita akan di ingatkan kembali impain kita masa kecil dulu...

Tuesday 15 March 2011

Peluang Hanya Datang Sekali

Sejak aku masuk Seminar Usahawan Gelombang Ke-5 ni aku tak tahu nape tiba2 aku rasa semangat untuk tempoh hari mendatang ni lain macam je dan aku rasa telah berlaku satu perubahan besar dalam hidup aku..senang cita SEDAR DIRI lah kn...sebab sebelum ni aku sudah selesa hidup cm ni dan aku rasa sebelum ni aku tak nampak langsung apa impian aku..bila aku bangung pagi aku kena ke tempat kerja dan balik keja kol 6..pastu aku tengok TV dan tido..esokpun cam tu jugak dan seterusnya selama 1 tahun..itu dah biasa dan tak de masalah aku nk pk lg..

Bila aku masuk seminar ni baru aku tahu berapa ruginya diri aku selama setahun ni..nape orang lain berkejar-kerja untuk mencapai impian tetapi aku suka dengan cara sekarang yang tak pernah pk masa depan apa nk jadi.. Ayat yang buat aku berfikir panjang apa bila ditanya oleh penceramah

" SIAPA ANDA 5 TAHUN AKAN DATANG"

Yaa..siapa kita??? cuba anda bayangkan....
 Everybody thinks of changing humanity
and nobody thinks of changing himself

Semua orang memikirkan untuk merubah dunia
dan tidak ada yang memikirkan merubah dirinya sendiri
 

                                                                      ( Leo Tolstoy )

Aku fikir kalau aku terus dengan cara dulu pagi pegi keja balik tengok tv dan tido 5 tahun akan datang pun akan akan buat benda yang sama juga tampa ada perubahan sbb setahun aku sudah buat benda yang sama...terbukti memang tak ada langsung perubahan..

Bila dalam seminar tu,, aku mula bayangkan impian masa depan aku..aku tanam dalam diri.. aku misti buat perubahan dalam hidup...
Demi keluarga yang aku bina, demi ibu dan keluarga yang membesarkan aku dan untuk anak2 aku yang akan datang..aku perlu bermula dari sekarang..
"aku mahu membahagiakan mereka"

Sanggupkah anda melihat mereka sebegini?? tidakkah anda berfikir lepas anda dewasa anda mahu membahagiakan mereka, menyediakan tempat tinggal yang sempurna untuk mereka...makan bersama mereka seperti mereka makan bersama kita semasa kecil dahulu..tidakkan anda teringin pergi menunaikan haji bersama mereka sebelum mereka menutup mata untuk selamanya..tidakkan anda mahu melihat mereka tersenyum atas kejayaan anda...Cuba anda bayangkan sejenak wajah tua ayah dan ibu anda...
Cubalah Membahagiakan mereka sebelum mereka pergi buat selamanaya...

YA ALLAH BERKATIALAH PERJUANGAN AKU INI..AKU TAHU KAU TELAH TUNJUKKAN JALAN UNTUK AKU..TERIMA KASIH TUHAN

Terima kasih kepada kawan yang dengan tak sengaja mengajak aku untuk datang seminar ini...
apa yang aku boleh katakan :-

PELUANG HANYA DATANG SEKALI


Jika aku tidak datang seminar hari itu mungkin aku tak kan jadi atau ada perasaan macam sekarang..

Dulu aku memang tak suka datang seminar sebab boring dan ngantuk..sekarang aku sedar sikap yang semacam itulah yang membuat aku tak akan berjaya dalam hidup..aku buang jauh-jauh sifat nagetif dalam hidup aku..sekarang bila ada je seminar aku akan masuk untuk kenal diri aku sendiri dan cipta kebahagian masa hadapan..memang HEBAT

Friday 11 March 2011

Sampai bila aku misti begini????

  

SAMPAI BILA NAK MAKAN GAJI

Inilah satu ayat keramat yang menyentuh jiwa dan raga aku..Aku perkenakan diri aku dulu sbb ini pertama kali aku rasa nk menulis dalam blog nak mengarang mungkin tentang kisah hidup aku atau mungkin juga aku akan berkongsi apa2 cerita yang menarik pernah aku lalui samada semalam hari ini atau esok..

Nama diberi Azman Mat Ghani,berasal dari kelantan,berumur 25 tahun,lepasan Universiti Sains Malaysia, dan memegang segulung ijazah dalam bidang seni halus reka bentuk dan teknologi media baru..Menamat pengajian dalam bidanag tersebut pada 2009.

Dulu pada tahun 2007 aku cukup bangga dengan diri aku sbb aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti..satu kampung heboh bercerita tentang aku..pegi mana-mana orang tegur walaupun tak pernah bercakap..dan tak pernah kenal pun..Yang paling bangga tentulah mak ayah aku..Orang berkata wahhh pandailah ko man, boleh masuk u..lepas ni misti keja bestlah..nanti masuk u jangan lupa kawan2!!!sampai ada seorang kawan aku ni sampai terus tak nk kawan ngn aku.. terlalu terujalah kononya..cakap kita dah tak sama taraf pendidikan..itu belum aku masuk U lagi..baru dapat surat tawaran...itu aku cerita masa tahun 2007..memanglah orang pandang tinggi bila dapat masuk U ...itu 5 tahun lepas...tapi sekarang berapa ramai masuk u..ada orang kisah...orang perli adalah..ayat yang biasa kita dengar "MASUK U PUN TAK DAPAT KEJA GAK NANTI"



Lepas dapat ijazah..baru aku tahu..memang betol cakap orang...ijazah bukan teket untuk senang dapat keja..bukan semudah cikgu cakap masa sekolah dulu..aku telah hantar resume hampir 50 syarikat tak tapi yang panggil hanya 5 ke 6 syarikat untuk temuduga...itupun semua tak dapat...hampir 3 bulah aku tanam angur kat kota besar ini..lepas tu aku dah bosan mintak keja..aku dengan rendah diri pegi mintak keja 7Eleven..biasalah hidup kat KL 7eleven jelah yang nampak mudah dapat kerja..

Keja tak sampai sebulan aku di panggil untuk mengisi jawatan sebagai manager di kedai yang sama dengan perniagaan 7Eleven ( Kedai 24 jam)..so sbb tak cukup sebulan keja kat 7Eleven aku tidak di bayar gaji...tp aku kata takpelah sbb tempat keja baru aku di gaji ditawarkan kepada aku sebanyak RM1900 sebulan..keja sebulan gaji tak masuk lagi sbb dia ckp ada masalah dengan sistem dan pihak kedai itu ckp akan bayar dalam 2 3 hari lagi..samapailah 3 bulan aku berkerja aku rasa aku dah di tipu..selama berkerja aku tidak di bayar gaji...masa tu tuhan jelah yang tahu kemiskinan hidup di tempat orang..itu adalah dugaan tuhan untuk hamba dia...mana mugkin Dia bagi kesenangan tampa dugaan..

Selepas daripada itu aku ditawarkan berkerja sebagai DESIGNER di sebuah syarikat dan Alhaamdullilah aku sudah dapat perkerjaan yang sama dengan apa yang aku belajar kat universiti dulu hampir 1 tahun meninggalkan u baru dapat keja yang betul..

Tetapi......hidup di KL dengan gaji yang tak seberapa, aku perlu mencari Alternatif baru untuk aku menampung kos sara hidup di KL ini...Sehinggalah aku jumpa satu kertas seperti di atas untuk masuk seminar kenali diri dan kerjaya..Alhamdulillah dengan kuasa ALLAH aku dapat hadir ke seminar itu dan sekarang aku telah nampak satu peluang yang luas sebenarnya di depan mata sendiri..

Sebelum ini aku boleh di anggap katak di bawah tempurung sbb hanya tahu berkerja dari pukul 9 pagi sampai 6 petang dan aktiviti yang samalah aku buat sepanjang tahun tampa ada perubahan langsung..Kini aku telah nampak satu peluang yang besar untuk aku ambil..Insyallah dengan usaha dan keazaman aku pasti berjaya mencapai impian..aku akan sambung dalam entry yang seterusnya nanti...
 

PERJUANGAN BELUM SELESAI © 2008. Design By: SkinCorner