Wednesday 16 March 2011

Hanya tahu merungut


Ini lah realiti hidup apabila kita bergelar pekerja @ kerja makan gaji.. kita tak boleh lari dari kena marah dimarah di arah di suruh dan macam-macam lagi lah yang kadang-kadang tak sedap masuk telinga..tp sesetengah kita tak pernah fikir untuk cari jalan keluar daripada situasi tersebut..kita haya tahu maki bos kat belakang, kutuk bos kat belakang berdendam tetapi esok datang keja lagi...

Pernah tak anda berfikir untuk elak anda kena marah atau kena jadi hamba oleh majikan anda..
anda ubah 360 darjah diri anda dan anda pula menjadi bos....
Cuba ada fikirkan HEBAT kan klu kita ada pendirian cm tu....

Ini setuasi berlaku kepada kawan aku :-

Dia berkerja dengan sebuah syarikat event..satu hari ada event yang besar yang belanjanya diperuntukkan hampir mencecah  1juta..si kawan aku ni berkerja dari pukul 8 pagi sampai 3 pagi..cuba anda bayangkan berapa jam dia berkerja..berkerja bagikan nak mati untuk memastikan event tersebut berjalan dengan lancar kerana event tersebut dihadiri oleh menteri dalam malaysia..
selepas tamat event pada pukul 3 pagi dia dibayar dengan harga RM 50 sahaja..tampa di beri makan sepanjang hari..klu nk makan beli sendiri...
Cuba anda bayangkan perasaan marah dia...Bangla pun boleh dapat 200 sehari keja rumah batu keja 8 jam sehari...

Bagi aku kita perlu ubah hidup kita kepada yang lebih sempurna..kenapa kita hanya perlu menunggu kepada satu gaji sahaja..kenapa kita tak pernah berfikir untuk mencari duit lebih dengan mengaktifkan PLAN B kita...


Sebelum ini aku pun sama berfikiran cm anda semua...Nak aktifkan Plan B?? apa tu buat part time? alasan yang kita akan bagi penatlah..tak de masa rehat lak klu keja 24 jam..tak minatlah dan banyak alasan yang aku dengar dan aku sendiri pun pernah mencipta alasan...

Tetapi apabila masuk seminar yang aku cerita dalam entry lepas..ungapan yang boleh merubah fikiran atau menteliti aku ialah

"Orang malas mencipta seribu alasan 
Orang ingin berjaya mencipta seribu peluang"

Memang betul apa yang aku tengok dan aku alami sendiri...apabila kita banyak membuat alasan untuk mengubah diri kita...kita tak akan berganjak dari tempat asal kita...tetapi bila kita berusaha mencari peluang untuk ubah diri kita maka perbuhan akan berlaku dalam diri..mungkin masalah kita akan selesai...

Apa yang aku boleh konsikan lagi ialah satu ungapan:-

Jika kamu berdoa pada yang ESA untuk merubah hidup kita..
DIA tak kan memberi kita duit seketol cm tu je..
DIA akan memberi kita jalan untuk mendapatkan duit tersebut..
Jika kita berusaha dengan jalan yang DIA bagi..maka kita kan dapat ganjarannya..

Bagi aku sendiripun aku percaya TUHAN telah buka pintu hatiku untuk terut serta dalam seminar  usahawan gelombang ke-5 ini dan di situ aku telah nampak peluang untuk aku terus maju..Insyallah.. 

Aku berharap anda yang mempunyai masalah dalam perkerjaan atau dalam hidup ada..sertailah mana-mana seminar yang di anjurkan oleh mana-mana pihak untuk merubah pendirian kita selama ini..kadang-kadang kita terlupa kepada matlamat dan impian kita..dengan seminar ini kita akan di ingatkan kembali impain kita masa kecil dulu...

0 comments:

Post a Comment

 

PERJUANGAN BELUM SELESAI © 2008. Design By: SkinCorner