Thursday 17 March 2011

Lakukan segala-galanya dengan pantas

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.
Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?
Apa kata Orang dah berjaya??
Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.
Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire  British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.
Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.
Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!


Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!
Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.
Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunuh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Kata-kata seorang jutawan internet yang membuat aku terbuka hati untuk melakukan perniagaan internet..Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau. Tetapi aku mengakui bahawa beliau adalah satu-satunya orang yang membuatkan aku berminat untuk mengenali dunia internet dengan lebih mendalam sejak aku membeli bukunya. Buku yang penuh dengan motivasi berjaya merangsang aku untuk terus membuat perniagaan di internet mengikut platform dan acuan aku sendiri. Kini, aku sudah mampu senyum melihatkan diri sendiri, walhal 5-6 tahun yang lepas aku adalah orang yang tidak tahu apa itu internet dan fungsi internet itu sendiri. Jadi, tidak salah aku katakan beliau antara orang yang memecahkan rasa gundah gulana dalam hati ini untuk terus menceburi bidang perniagaan dalam internet.

Siapakah beliau? Ya, beliau adalah Irfan Khairi

0 comments:

Post a Comment

 

PERJUANGAN BELUM SELESAI © 2008. Design By: SkinCorner