Friday 11 March 2011

Sampai bila aku misti begini????

  

SAMPAI BILA NAK MAKAN GAJI

Inilah satu ayat keramat yang menyentuh jiwa dan raga aku..Aku perkenakan diri aku dulu sbb ini pertama kali aku rasa nk menulis dalam blog nak mengarang mungkin tentang kisah hidup aku atau mungkin juga aku akan berkongsi apa2 cerita yang menarik pernah aku lalui samada semalam hari ini atau esok..

Nama diberi Azman Mat Ghani,berasal dari kelantan,berumur 25 tahun,lepasan Universiti Sains Malaysia, dan memegang segulung ijazah dalam bidang seni halus reka bentuk dan teknologi media baru..Menamat pengajian dalam bidanag tersebut pada 2009.

Dulu pada tahun 2007 aku cukup bangga dengan diri aku sbb aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti..satu kampung heboh bercerita tentang aku..pegi mana-mana orang tegur walaupun tak pernah bercakap..dan tak pernah kenal pun..Yang paling bangga tentulah mak ayah aku..Orang berkata wahhh pandailah ko man, boleh masuk u..lepas ni misti keja bestlah..nanti masuk u jangan lupa kawan2!!!sampai ada seorang kawan aku ni sampai terus tak nk kawan ngn aku.. terlalu terujalah kononya..cakap kita dah tak sama taraf pendidikan..itu belum aku masuk U lagi..baru dapat surat tawaran...itu aku cerita masa tahun 2007..memanglah orang pandang tinggi bila dapat masuk U ...itu 5 tahun lepas...tapi sekarang berapa ramai masuk u..ada orang kisah...orang perli adalah..ayat yang biasa kita dengar "MASUK U PUN TAK DAPAT KEJA GAK NANTI"



Lepas dapat ijazah..baru aku tahu..memang betol cakap orang...ijazah bukan teket untuk senang dapat keja..bukan semudah cikgu cakap masa sekolah dulu..aku telah hantar resume hampir 50 syarikat tak tapi yang panggil hanya 5 ke 6 syarikat untuk temuduga...itupun semua tak dapat...hampir 3 bulah aku tanam angur kat kota besar ini..lepas tu aku dah bosan mintak keja..aku dengan rendah diri pegi mintak keja 7Eleven..biasalah hidup kat KL 7eleven jelah yang nampak mudah dapat kerja..

Keja tak sampai sebulan aku di panggil untuk mengisi jawatan sebagai manager di kedai yang sama dengan perniagaan 7Eleven ( Kedai 24 jam)..so sbb tak cukup sebulan keja kat 7Eleven aku tidak di bayar gaji...tp aku kata takpelah sbb tempat keja baru aku di gaji ditawarkan kepada aku sebanyak RM1900 sebulan..keja sebulan gaji tak masuk lagi sbb dia ckp ada masalah dengan sistem dan pihak kedai itu ckp akan bayar dalam 2 3 hari lagi..samapailah 3 bulan aku berkerja aku rasa aku dah di tipu..selama berkerja aku tidak di bayar gaji...masa tu tuhan jelah yang tahu kemiskinan hidup di tempat orang..itu adalah dugaan tuhan untuk hamba dia...mana mugkin Dia bagi kesenangan tampa dugaan..

Selepas daripada itu aku ditawarkan berkerja sebagai DESIGNER di sebuah syarikat dan Alhaamdullilah aku sudah dapat perkerjaan yang sama dengan apa yang aku belajar kat universiti dulu hampir 1 tahun meninggalkan u baru dapat keja yang betul..

Tetapi......hidup di KL dengan gaji yang tak seberapa, aku perlu mencari Alternatif baru untuk aku menampung kos sara hidup di KL ini...Sehinggalah aku jumpa satu kertas seperti di atas untuk masuk seminar kenali diri dan kerjaya..Alhamdulillah dengan kuasa ALLAH aku dapat hadir ke seminar itu dan sekarang aku telah nampak satu peluang yang luas sebenarnya di depan mata sendiri..

Sebelum ini aku boleh di anggap katak di bawah tempurung sbb hanya tahu berkerja dari pukul 9 pagi sampai 6 petang dan aktiviti yang samalah aku buat sepanjang tahun tampa ada perubahan langsung..Kini aku telah nampak satu peluang yang besar untuk aku ambil..Insyallah dengan usaha dan keazaman aku pasti berjaya mencapai impian..aku akan sambung dalam entry yang seterusnya nanti...

0 comments:

Post a Comment

 

PERJUANGAN BELUM SELESAI © 2008. Design By: SkinCorner