Wednesday 16 March 2011

Kenapa Nak Tunggu Gaji


 Hari ini awal-awal pagi lagi rasa nk berkonsi cerita @ pengalaman dengan anda semua..emm cam tak puas hati lak klu tak bercerita kn..sebelum ni aku berkonsi cerita dengan isteriku, kawan2 rapat, keluarga, teman2 yang aku kenal..tp dengan dah ada blog ni cm nak konsi dengan semua orang..Aku lebih suka berkonsi cerita yang boleh menaikan motivasi aku dan mungkin juga motivasi orang yang membaca..sbb bila kita mendengar motivasi rasa semangat tu lebih kn..dan rasa cm satu aura baru yang hadir dalam pelusuk tubuh kita dan terus naik ke otak kita..sungguh hebat kalau anda amati dengan minda yang terbuka..

Aku sekarang lebih suka dengan bahan-bahan, kata-kata semangat, dan ucapan dari orang yang dah berjaya sbb bagi aku setiap manusia ingin berjaya dalam hidup mereka tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk berjaya..jadi sedikit ilmu yang aku boleh kongsi ialah langkah yang mudah ialah  

BELAJAR DARIPADA ORANG YANG BERJAYA ( MENTOR )

bagi aku orang yang dah berjaya mereka sudah melalui asam garam kesusahan untuk mereka berjaya..jadi apabila kita belajar daripada mereka..mereka akan ajar kita bagaimana cara mereka boleh berjaya dan mereka larang kita buat apa yang mereka buat tapi gagal..
( anda fahamkan maksud ayat di atas )


Kat sini juga aku nak tunjuk realiti yang berlaku pada aku dan dengan situasi cm nilah aku tekad untuk ubah kehidupan aku..dan mungkin juga ia berlaku dalam hidup anda samada anda sedar ataupun tidak. Ada pepatah yang aku pernah dengar :-

"Duit tak penting dalam hidup
Tetapi..dalam hidup memerlukan duit"

(anda setuju ke @ sangat setuju)

Cuba anda lihat Pengiraan tentang gaji aku :-
Gaji yang aku dapat hasil kerja selama 1 bulan dengan syarikat event dan memegang jawatan sebagai DESIGNER ialah sebanyak RM1700.00 sahaja..
nasihat: jangan bangga dengan jawatan atau pangkat klu duit anda sikit:- ini realiti hidup :)

Sewa rumah               Rm 450.00 sebulan
Bayar Kereta             Rm 400.00 sebulan
Bil air & api              Rm 100.00 sebulan
Minyak kereta           Rm 200.00 sebulan
Tol                             Rm 100.00 sebulan
APF                           RM 140.00 sebulan
bayar ptptn                RM 220.00 sebulan
Bil tel @ topup         Rm 100.00 sebulan
Barang dapur            Rm 300.00 sebulan
TOTAL                    Rm  2010.00

Jangan anda terlupa : duit untuk ibuayah kat kampung belum dikira
Duit untuk simpanan sakit demam belum kita simpan lagi..jika keadaan ini berterusan siapa aku 5 tahun akan datang...

Cuba anda bayangkan bagaimana nak hidup klu pembelanjaan melebihi gaji ???
Mungkin ini juga berlaku kepada anda dan mungkin anda buntu untuk fikirkan untuk tambah pendapatan..

Bila berlaku sebegini aku ngan isteri memang selalu gaduh...kereta tak bayar...kadang2 rumah tertanguh untuk bayar sewa dan macam-macam lagilah

Aku pun sama berfikiran cm anda juga..tak tahu nk buat cm mana... yang ada tukar kerja kan..tapi aku tak yakin kerja yang baru tu boleh menjamin gaji mahal juga untuk aku..

So dengan tak ada jalan lain aku relakan diri untuk buat satu perubahan dalam diri..jumpa kawan dan bawa aku ke seminar cm kat atas tu..kat situ baru nampak jalan..ALLAH MAHA KUASA..allah dah berjanji :- sesiapa yang berusaha dan berdoa... akan AKU perkenankan doa dan permintaan meraka

Jika anda mempunyai masalah jumpa orang yang boleh membuka ruang untuk anda...ambillah ilmu daripada mereka..untuk melakukan sesuatu kita memerlukan ilmu dan tampa ilmu kita tak kan berjaya...

Pada hari ini alhamdulilah semua itu aku dapat atasi janji kita ada kemahuan dan ada keinginan tambah ada usaha pasti semua yang kita rancang akan berjalan dengan lancar..

0 comments:

Post a Comment

 

PERJUANGAN BELUM SELESAI © 2008. Design By: SkinCorner